Tuesday, April 13, 2010

BERHATI-HATI TEKNOLOGI DUNIA MAYA

Semakin teknologi dunia Maya berkembang, semakin banyak manafaat dan mudarat yang muncul. Seiring dengan berkembangnya teknologi, metamorfosis pun berlaku. Hanya menggerakkan hujung jari, klik kanan, klik kiri sklip mata apa jua informasi dunia dlm gengaman. Betul tak?

Sesungguhnya, perubahan ini harus disyukuri dan dinikmati bersama kerana ini adalah nikmat yang kurniakan ALLAH agar pekerjaan menjadi mudah dan dapat menyampaikan dakwah dgn lebih efektif dan inovatif.

Namun jangan lupa, masih ada sebahagian daripada drp kehidupan kita yang harus dijaga izzah (kemuliaan) dan iffahnya (maruah). Bukan bermakna melayari dunia tanpa sempadan, kita bebas melakukan apa saja tanpa ada batasan. Islam telah mengajar kita untuk menjaga pandangan (ghaddul bahar). Jagalah pandangan saat melayari Internet ingat jika tiada orang yg memerhatikan kita, tetapi ada ALLAH s.w.t. yg tidak pernah tido dlm memerhatikan ciptaan-Nya.

Tahukah kita sebenarnya kesan drp memberi komen ttg gambar, menulis nota diblog, Fecebook atau medium maya lain adalah cara utk menghanyutkan umat Islam. Jagalah Batas Pergaulan jangan berlebih-lebih dalam berteman dengan lawan jenis (lelaki dgn perempuan) di dunia Maya kerana kesannya sama seperti kita berteman di dunia nyata. Hati tidak dapat dibohongi dan perasaan tidak dapat disembunyikan. Telah ramai yg menjadi mangsa akibat tidak berhati-hati dalam menjalinkan hubungan di dunia maya. Namun berhati-hatilah ! Jangan sampai menjerumuskan diri ke jurang neraka atau membuatkan org lain (keluarga) turut terjerumus kerana tebaran pesona yg tidak sepatutnya dilakukan.

Ingatlah, teknologi dimanipulasikan oleh musuh Islam utk menghancurkan umat Islam. Sbgai umat yg berfikir seharusnya TIDAK membiarkan diri dan keluarga menjadi mangsa “tembakan peluru” teknologi ini. Apa yg dikehendaki oleh musuh islam akhirnya sedikit demi sedikit telah tercapai.

Renung, renungkan lah……

Petikan dari Majalah SOLUSI